heyy. im not talking about farid-kamil-nora-danish punya movie tu tau. ini cerita saya yang dah tua tua bangka baru reti nak melawat tempat bersejarah. tulah kau, dulu anti sangat subjek Sejarah kan.... eh eh itu tipulah. saya mana berani benci subjek Sejarah, chekgu Sejarah saya dulu garang tau. sekali dia jeling je dah boleh buat jantung berderau seperti cinta pandang pertama (hyperbola). tu baru sekali jeling. belum ditambah dengan ayat-ayat 'wrong turn' dia..
tapi sangat menipu lah kalau sepanjang 24tahun menghirup udara beroksigen ni saya tak pernah menjejak kaki di bandaraya bersejarah ini. janganlah cakap saya kuno sangat. katak bawah tempurung pun tak. maybe sebab faktor geografi dan demografi yang lansung mematikan nafsu saya untuk ke sini. lagi pula, my sista selalu momok kan i dengan ayat, "Melaka panas gila woo..panas gering tahap boleh jemur ikan kering punya.." jahatkan. lansung tak membantu. tapi tak mengapa. saya tetap sayangkan beliau no matter what.
ehem-ehem. sejak si neon hati kau ni orang Melaka laju je kaki kau ke sana kan.. dulu pandang sebelah mata pun kau tak nak. bila suruh list kan tempat bercuti, sure Melaka tak de dalam list. why? ok ow. kene buat research proposal untuk mengkaji factors that influence level of interest pada negeri yang dijumpai oleh Parameswara ni. agak-agak kalau dia still alive, dia terasa tak hah? bukanlah. *malu*. bukan sebab dia saya mencemar duli ke negeri ini.. kan saya sudah ngomong, mungkin disebabkan oleh faktor demographic and geographic. bukanlah salah ibu mengandung. sekarang saya sudah ada tourist guide tak bertauliah kat negeri ini. so janganlah sia-siakan kemudahan yang ada. tak baik membazir. nanti my mom start bubbling.
melaka. saya pernah menjejakkan kaki di sini enam tahun dulu. dan semestinya tempoh enam tahun macam-macam boleh berlaku kan. lagikan pantai pun berubah. inikan pula anak encik sharipudin. heh kau kenapa? abaikan. enam tahun dahulu sepertinya masih ternampak2 bebayang budak berbaju kaler torquise berjeans biru dan berkasut dan bertudung warna coklat muda senada (abaikan if torquise-lite brown tak cun. dulu aku baru habis SPM, peduli hape haku match tak match.) lompat sana lompat sini, sengih sana sengih sini bersama famili.
tapi sekarang, bersempena dengan pelancaran Melaka Maju 2010 saya menyibukkan diri lagi di sini walhal saya tahu saya tiada mengena pun dengan pelancaran ini yang dilancarkan pada 20/10 dan pada pukul 20:10 minit malam. wah kau. nak 2010 je kan. semua sebab neon hati la. dan famili beliau. tak mengapa. ada lagi seminggu untuk beliau turun ke negeri penyu ku terchenta dan membuat sesi perkenalan dengan famili saya.
mula-mula, kami menerjah dataran pahlawan-melaka mall untuk booking tiket wayang. ye ye saya tahu GSC, TGV ada di mana-mana tapi apa salahnya merasai pengalaman tengok wayang di negeri melaka bersama orang melaka? tehehehe. lepas tu, kami mula merayau-rayau sekitar mall
neon hati suggest saya untuk bela kucing ini di rumah. taknak bagi saya bosan, katanya. aduhai. bosan sangat ke idup aku ni sampai nak kene ada makhluk berbulu bagai ini di rumah? bila saya meggeleng kepala, terus dia cuba melamar perasaan saya dengan si hamster. lagi lah saya taknak. comel tapi busuk buat ape kan? dapat pulak owner yang
neon' macam biasa lah. suka melayankan kerenah saya. even saya suruh dia jadi photographer tak bergaji saya pun dia tetap maintain senyum. even lepas dia snap pic saya dan saya hentak2 kaki muncung mulut sebab dalam pic tu saya kelihatan gemoks dan mintak dia snap yang baru pun dia tak kisah. dilayankan juga peel tak senonoh saya ini. hey. sila lah sedar. berat dah meningkat. ok boleh guna phase ni sekarang: Im FAT, but u're UGLY. at least i can DIET, U? ngahahahaha *gelak versi satan*
"abang beca abang beca di tepi jalan..putar putar putar putar kaki mengayuh..lalala" |
abang yang jual gelang berukir. sempat beli satu tapi lupa nak upload. |
naik tangga ni pun aku semput. |
di puncak runtuhan menara ape tah. *buta sejarahnya aku* |
owh really?? [sambey tayang muka naif-tak tahu-menahu bila dia semangat explain itu ini kat aku even aku dah tahu sebab dah publish dalam buku sejarah tingkatan lima} |
try untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi |
inilah yang dikatakan "duduk tak sama tinggi, berdiri lagi lah walaupun dan berjingkit kaki" |
akhirnya. melaka benar-benar panas. aku dah ngak tahan, cepat3 gesa beliau untuk balik ke Melaka Mall melepak dalam aircond. di atas adelah gambar sebelum cerita dimulakan. [kami antara top 3 yang terawal masuk].. cerita apa? hah jangan tak tahu. selain stone, saya berjiwa bosan+boring. saya suka support cerita melayu. dan cerita yang dilayankan ala2 pecah panggung hari itu adalah JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2. sila lah tengok. anda akan membuat senaman muka secara tidak lansung kerana sepanjang cerita aku memang gelak tak hingat. tapi biasalah, kekurangan tu adatlah kan. nama pun bajet ciput. eleh konon kalau crite melayu laju je kau nak kutuk ek, kalau tengok Harry Potter tak de plak kau nak mengomen even banyak gila plot dipotong daripada novel asal.
eh apesal tetiba membebel?
keluar dari cinema, waktu dah nak masuk asar. kami bergegas ingin pulang. keluar saja dari Mall, awan sepertinya mahu tunjuk perasaan. mendung. aku cakap, "eh, macam nak hujan.."
"jangan ek..perkataan itu dilarang sebut. sebab kat sini bila sebut je jadi.."
wah. siap warning aku bagai. takpe takpe. saya cuma pelancong. anda pemandu pelancong. anda menang.
kendian, dia tanpa segan silu memperkenalkan aku pada orang yang banyak mengajar beliau menjadi orang, iaitu:
betullah. Melaka tak pernah sunyi daripada pelancong, baik pelancong asing ataupun pelancong tidak asing lagi macam saya. macam teruja melihat ke'crowded'an Melaka. kalaulah Terengganu begini, alangkah heavennya. maka tiadalah istilah makan-tido-tv-makan-tido-tv bila saya pulang untuk semester break.
bila hari mulai petang, kami pulang ke ganggang. eh kami bukan sireh untuk pulang ke ganggang. pulang ke rumah. menunggu beberapa lagi 'pemandu pelencong' untuk keluar lagi mengukur tanah versi malam pula.
malamnya, mereka berempat mengujakan saya dengan cerita-cerita kecur liur tentang keenakkan asam pedas Hajah Mona. siapa tu? yang pasti bukan bakal mak mertua saya. ini adelah nama restoran yang menyediakan lauk asam pedas yang best ever in the world bagi saya. letaknya saya tak sure tapi kalau anda turun melaka, tanyalah sesiapa pun, sesiapa pun akan bawa anda ke kedai tersebut, except for encik neon hati yang lahir di melaka, dibesarkan di melaka tapi tak tahu di mana port best untuk melepak dan mensantap. owh dan dan kau mengaku kau orang Singapore ya...................aku bilang sama mak kau!
reen, saya, dilla dan shahir. reen and dilla. anda comel di hati saya. |
dataran pahlawan versi malam. baru lepas mengisi perut. |
you mandi tak tadi? nak rasa pengalaman mandi kat sini tak, i boleh tolak...nghehe |
muzium samudera. mungkin diberi nama bersempena replika kapal besar yang ada di dalamnya. tapi kami tak masuk pun. dilla cakap haunted. dilla cakap ok, bukan aku. |
shhy.. bila dua orang sepupu sedang berbincang, yang lain2 jangan masuk campur ye. |
ala orang tak ready lagi. baru nak betulkan tudung :(( |
tamat sudah hari pertama. |
hari ke-2, on the way balik ke KL. sob..sob.. sudah mula terasa sedih. cuaca pun tak begitu panas. mungkin turut bersedih. aku cakap mungkin je kan. |
melaka memang best. makanan best. environment best. orangnya lagila best. i heart melaka damn much.
and i heart orang melaka dan seisinya sekali. melaka, kita pasti bersua lagi.
wahh, bahagia skg.. congrz, moga kekal dunia akhirat. wehh, bila nk double date nih?? huhuhu. jokin'...
ReplyDeletelama ko tak update blog, seb baik tak lupa id n psword..
wahaha perli nampak..bila nak double date? cik abe aku oyak dia nok g majlis mung nati. haha aku xajok pun dia offer diri..ngehehe
ReplyDelete